CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 20, 2011

sejarah KEMUNCULAN DADAH di Malaysia..

~Bismillah~

semester ni sangat seronok bila adanya subjek berkaitan dengan dadah,. kalau kelas dibatalkan ditangguhkan, rasacam rugi je sbb maybe sifat "curious" dalam diri dah mula terbit..heheh.. terutamanya mengenai dadah..
mcam2 yang kita dengar motto slogan tentang dadah ni kan macam dadh musuh no 1 negara, dadah pemusnah,bersama menjana bangsa tanpa dadah.. macam2 lagilah..semua tu adalah dalam usaha utk membanteras dadah..syabas kepada pihak2 yang berusaha membanteras "gejala dadah" daripada terus menular dengan lebih dahsyatnya..hihihih..

mungkin ada diantara kita yang kurg tahu mengenai dadah dan macam mana ia datang menjelajah tanah melayu kita.kami akan kupas serba sedikit dari apa yang kami belajar tentang sejarah kedatangan dadah ke tanah melayu..(dah macam kelas sejarah pulak).hihih =)

bermulanya pada abad ke 19, time ni, ramai buruh dari cina dan India Selatan datang beramai2 ke sini.. tujuan mereka adalah bekerja. Macam yang kita belajar dulu, diorang ni datang utk kerjakan lombong2 timah, ladang2 sepert getah dan juga lada hitam. hasilnya, ekonomi negara kita meningkat. Tapikan, yang x bestnya.. tabiat orang cina time ni diorang suka hisap candu..
 ~kerja lombong timah~

~ladang getah~


tabiat hisap candu ni kekal sebab:
Bekalan candu mudah diperolehi.
—Candu dipercayai boleh menghilangkan rasa sakit.
—Candu mempunyai khasiat mengubati penyakit batuk kering, sakit paru-paru, cirit-birit dan malaria.
—Ia menghilangkan rasa kesunyian kerana tiadanya keluarga bersama mereka.
—Mereka mempunyai wang untuk membeli dan menyara tabiat ini.
—Ia dapat mengisi masa lapang yang membosankan. 
Jadi, pada penghujung abad 19, penagihan candu dah cetus masalah, iaitu pergaduhan ,kekacauan dan aktiviti2 yang seangkatan dengannya.. time nih, lahirlah konsi gelap (tahu2lah apa yg jadikan, lagilah klacau bilau)..pastu kerajaan British yang memerintah tu pon amik la langkah2 utk cegah selaras dengan Konvensyen Shanghai - pengambilan urusan2 import dan penjualan candu melalui kedai2 yg beroperasi kat tanah melayu ni-

masa 1952-
* Sejajar dengan Konvensyen Geneva mengenai candu, beberapa langkah susulan diambil bagi mengawal penjualan candu. Antaranya, candu hanya boleh dijual kepada mereka yang berdaftar sahaja.
tapi malangnya, langkah ini x berjaya..then,
masa 1943-
* selaras dengan perakuan Suruhanjaya Penyiasat Liga Bangsa-bangsa Bersatu mengenai candu, kawalan yang lebih ketat terpaksa dikuatkuasakan.Antaranya, candu hanya boleh dijual kepada mereka yang diperakukan oleh pegawai-pegawai perubatan sahaja.walaupon sekatan yg ketat, tapi bilangan pengguna candu meningkat 2x ganda..ish3..degil betullah.. 
masa 1945 - Setelah tamat Perang Dunia II, penghisapan candu diharamkan sepenuhnya.
Yang sedihnya, selain candu, sebenarnya diorang ni ada hisap Morfin dan juga Ganja..isk3.. =(
masa 1909 - Laporan Suruhanjaya Candu telah mendapati penggunaan morfin oleh penagih candu meningkat. Mereka menggunakan cara suntikan untuk mendapatkan keseronokan.maybe diorang ni tension kot kan..asyik keje je..hihi... patut nya time ni diorang kena pandai cari cara tuk hilangkan tension..macam joging ke, dating ke (masalah sosial plak),g jejalan ke..hihihih..
then,
masuk ke zaman 1960- an.. kita tengok apa yang jd...
  - Merebaknya budaya ‘hippi’ yang menjadi ikutan remaja di negara ini. Golongan ini menjadikan ganja bahan ketagihan mereka.
Akhir 1960-an - corak dan gaya penggunaan dadah semakin menular secara serius dengan penagihan di kalangan anak-anak muda pelbagai kaum dan munculnya pelbagai jenis dadah baru serta cara penggunaan yang terkini dan berbahaya.Dadah jenis heroin dan morfin adalah yang paling digemari oleh golongan ini. Mereka juga terlibat dalam penggunaan dadah jenis ganja dan pil-pil psikotropik.
maka, masalah ini terus berleluasa..masa 1970-an

  semasa peperangan Amerika-Vietnam, tentera Amerika telah menggunakan dadah jenis heroin semasa mereka bercuti di beberapa negara jiran di Asia Tenggara.Kesannya, budaya mereka menjadi ikutan di kalangan remaja di negara yang mereka lawati termasuk Malaysia.

 1975: Berakhirnya perang. Sindiket-sindiket dadah menyedari pengunduran akan memberi kesan kepada mereka lalu mengembangkan rangkaian pengedaran dadah ke negara Asia Tenggara, Eropah Barat, Amerika Utara dan Australia. Perubahan ini mewujudkan senario penagihan dadah di Asia Tenggara berubah mendadak..


 ~peta kemasukan dadah ke tanah melayu~


harap2 pembaca x kisah dengan bahasa yang kami gunakan. tujuannya, untuk kalian lebih santai utk membaca, supaya  dapat habiskan pembacaan..hihihi..



0 comments: