CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 31, 2011

Pusat Bela Insan (3)

bertemu lagi.....jom kita sambung....

satu keistimewaan yang ada disini adalah para penghuni disini mendapat contoh tauladan yang palling sesuai......ini adalah kerana pengasas pusat ini merupakan bekas penagih yang berjaya membebaskan diri daripada dibelenggu oleh najis dadah. bahkan kejayaan yang dicapai oleh pengasas ini juga memberi motivasi yang terbaik untuk penghuni disini untuk berjaya dalam hidup.....peluang untuk mereka ada pada diri mereka dan hanya mereka yang mampu membuktikannya........


* sebagai ahli masyarakat yang ingin melihat masyarakat ini bebas daripada najis dadah sepertimana yangg diimpikan oleh negara untuk menjadi negara bebas dadah 2015, kita hendaklah berganding bahu untuk mencegah, merawat dan membasmi. jangan kita hanya menuding jari dan melepas kata tanpa ada tindakan kerana ianya tidak membawa apa-apa perubahan yang positif......

REMAJA BEBAS DADAH, BELIA BEBAS DADAH, MALAYSIA BEBAS DADAH

KEJUJURAN PADA DIRI SENDIRI ADALAH KUNCI KEJAYAAN

Saturday, March 26, 2011

Pusat Bela Insan (2)

         Selain pendekatan agama yang dijalankan disini....satu konsep yang kami menarik di pusat bela insan ini adalah konsep kekeluargaan. semua penghuni disini menerapkan konsep kekeluargaan dalam diri masing-masing. konsep kekeluargaan yang dimaksudkan disini adalah setiap ahli akan sentiasa mengingati dan menasihati antara satu sama lain. dengan sebab itu apabila terdapat salah seorang penghuni melakukan kesalahan penghuni yang lain akan mengingati dan menasihati. selain itu juga pada setiap malam semua ahli akan berkumpul dan menegur jika terdapat kesalahan yang perlu diperbaiki dan bermuhasabah diri.


        Dengan konsep kekeluargaan yang diterapkan di Pusat Bela Insan ini menjadikan suasana kekeluargaan dapat dirasai. Pusat Bela Insan ini memberi kebebasan kepada semua penghuni untuk bergerak, tidak terdapat pengurungan penghuni. Ini adalah kerana Pusat Bela Insan ini tidak pernah memaksa tetapi biarlah sesuatu dilakukan dengan kerelaan dan kesedaran dari dalam diri sendiri.


bersambung lagi......

Thursday, March 24, 2011

Pusat Bela Insan


Tanggal 26/2/2011 kami sekumpulan pelajar tahun tiga USIM telah mengadakan kunjungan ke Pusat Bela Insan yang terletak di Kampung Pandan, Ampang Selangor.Kunjungan ini adalah sebahagian daripada assignment yang ditugaskan kepada kami.

Kehadiran kami disambut dengan mesra oleh En.Zahrin yang merupakan antara insan berhati mulia yang menmguruskan pusat ini. Dalam tidak sedar sebenarnya kami pernah menemui beliau pada dua tahun yang lepas sewaktu mengikuti program SPADA(kini ARCEDA) di kampus USIM di Pandan Indah.



Apa yang menarik kami untuk mengunjungi pusat ini adalah pendekatan yang diambil dan dipraktikkan disini untuk membantu insan-insan yang terlibat dengan penagihan dadah. Pendekatan agama merupakan perkara asas yang diambil di pusat ini untuk membantu penyalahgunaan dadah ini kembali pulih.

Sepanjang beberapa jam berada di pusat ini, kami dapat lihat kesedaran dalam diri sendiri adalah dititik beratkan. Terdapat banyak kata-kata peransang yang ditampal di dinding-dinding pusat ini agar para penghuni disini sentiasa dalam keadaan sedar dan beringat.


bersambung........

DADAH dan UNDANG-UNDANG

~ bismillah~


Entry sy kali ni tentang "dadah vs Undang".kadang2 tgk keadaan sekarang, banyak sgt kes2 yang berkaitan dengan dadah..siap ada yang buat "lab" lagi kat rumah, nauzubillah.. kadang2 terfikir jugak ape hukuman utk diorang ni kan.. ?? kadang-kadang kita ygk macam2 jenis hukuman, ada yang penjara, sebat, denda, "putus nyawa" (means mati..heheh..saje2 guna istilah lain.. x sanggup sebut)..sampai ade yang pening2 lalat kan fikir..


kat bawah ni ade jadual jenis2 kesalahan dan hukuman.




JENIS DADAHSEKSYENKESALAHANBERAT DADAHHUKUMAN/DENDA
Ganja6MemilikiKe bawah 20gmRM 20,000/-atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
39A (1)Memiliki20gm keatas tetapi kurang daripada 50gmTidak kurang 2 tahun penjara berat tidak kurang 3 kali dan tidak melebihi 10 kali.
39A(2)Memiliki50gm ke atas tetapi kurang dari 200gmPenjara seumur hidup atau tidak kurang 6 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
6BMenanam pokok ganjaTidak kira berapa pokokPenjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 6 kali
39BMengedar200gm ke atasMATI
Candu9MemilikiKe bawah 100gmRM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
39A(1)Memiliki100gm ke atas tetapi kurang dari 250gmTidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
39A(2)Memiliki250gm ke atas tetapi kurang dari 1000gmPenjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
39BMengedar1000gmMATI
Heroin/ Morfin/ Monoacetyl Morphine12(2)MemilikiKe bawah 2gmRM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
39A(1)Memiliki2gm ke atas tetapi kurang dari 5gmTidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
39A(2)Memiliki5gm ke atas tetapi kurang dari 15gmPenjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
39BMENGEDAR15gm ke atasMATI
Ubat Batuk9(1)Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar-RM3,000/- atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-duanya
Pil30(3)Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar-RM10,000/- atau penjara tidak kurang 4 tahun atau kedua-duanya
Syabu12(2)MemilikiKebawah 5gmRM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
39A(1)Memiliki5gm ke atas tetapi kurang dari 30gmTidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
39A(2)Memiliki30gm ke atas tetapi kurang dari 50gmPenjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
39BMENGEDAR50gm ke atas atau lebihMATI


sebelum penulis tutup entry ni, nk semua pembaca fikir semula,
"kenapa kes dadah ini meningkat walaupun hukuman dari segi undang-undang dah ada kan???"

fikir-fikir dan renung-renung kan,....




Tuesday, March 22, 2011

~jaNji ALLAh~


" kaDAng- kaDAnG TarBiyah mEmbUAtKan KIta LeMAh, TEtaPi TArbIyAh JUgA mEmbUATkan KITa kuaT.... kadAnG-kaDaNG taRBiYaH MeMBuatKn kiTA pEnAT MalAH taRBIYAH juGA meMBuatkAn kiTA puAS.... keNApa diRESaHKaN????

BUkANkaH ALLAH SudAH mENJAnjikAN SYurGA SEbaGAi TUKaran SEGalA PERit??
BerSyuKurlAh KitA dIberi pEluang bEkerja DALaM pERjuANGan iNi... SeRINgKali langKAh Lemah kEraNA REngekan nAfsu... SEringkAKI HAti ini jEMU, KErana tIDak Ikhlas dAlAM bERamal... SERingkALI Air matA MEngAlir KERAnA tekANAn DErita JIwa yanG KEleTIhan..

DUHAi AnsaRULLah....
JAngAn MUdAh mEngAlah.... jangaN IZiNkan Raja NAfsu EMerinTahi JiwAmU...
TEruslAh mElanGkah.... TEruslah MUjahadAh... TEruslah bERjuaNG dEmi Sebuah kEmenangAn sehingGa DIriMu lemaS DAlaM lAutaN sYAhid....

SEnyUmlAh pADa meHNah yAng dAtAng...

DADAH & JENISNYA..

Entry kali ni, adalah bertujuan utk membawa anda semua lebbih mengenali DADAH. enrty yang lepas, penulis telah kongsi serba sedikit mengenai dadah kan? maybe entry kali ini, akan membawa anda semua utk tahu more deeper about drug..


Dadah bermaksud apa-apa jua bahamn kimia samada asli @ tiruan, apabila dimasukkan ke dalam badan samda disuntik, dihisap, dimakan, boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang @ organisma dari segi fizikal @  mental.


Berdasarkan definisi di atas, kita dapat lihat tindakan dadah tu paa diri kita.  Antara ciri2 lain pengambilan dadah ialah memberi kesan ke atas otak dan saraf tunjang , penggunaan yang salah adalah DILARANG (selain utk berubat) , didapati secara HARAM , akn BERGANTUNG pada dadah (fizikal) , mendatangkan kesan BURUK pada kesihatan... sepeerti yg kita maklumlah kan macammna dadah tu dan kesan terhadap pggunanya..


ok, dadah ni ada 5 bahagian :
1. opiat (narkotik)
2. stimulan (perangsang)
3. depresen
4. halucinogen
5. ganja (kanabis)


OPIAT
dadah yang bahaya dan kerap digunakan.  ia digunakan dalam perubatan utk tidurkan pesakit, kurangkan kesakitan, batuk, cirit birit yang teruk. Antara dadah yang termasuk dibawah opiat adalah morfin, kodein, ganja,heroin.
opiat sintetk pula bhn2 seperti methadone, pethidine, dipipanone, dextropropoxyphene.



STIMULLAN
diguanakan utk merangsang aktiviti sistem saraf. terdapat 2 jenis iaitu amfetamina ,dan  kokain.
 menurut Hussain dan mustafa (1999), amfetamina digunakan sebagai ubat utk menghilangkan hidung tersumbat tetapi kini digunakan oleh pekerja dan pemandu utk memastikan mereka x tertidur ketika bekerja. ia juga digunakan oleh ahli sukan utk mencapai prestasi yang lebih tinggi serta digunakan utk kurangkan berat badan. kesannya sama seperti kokain. amfetamina boleh menyebabkan sesornag itu mengalami psychosis (halusinasi, delusi) dan juga ganas.


DEPRESEN
as we know, depressent(tekanan), jadi ia diguanakn utk menghilangkan risau dan memberikan ketenangan. dadah ini menindas sistem pusat (otak), lalu menyebabkan mereka jadi pasif dan x risau. contoh dadahnya ialah barbiturat dan benziodiazepine. 


HALUSINOGEN
tergolong dalam dadah asli dan sintetik yg mengubah pencerapan deria ( sensory perception). ia mengubah pandangan seseorang menyebabkan ilusi sehinggakan susah utk mmbezakan antara yang benar @ tidak. antara jenisnya adalah  LSD, DMT ,PCP  meskalin dan psilosibin termasuk  ubat-ubatan yang terjadual bawah kementerian kesihatan.kesannya sukar dibuktikan. 


KANABIS
dadah yg termasuk dalam jenis ini,marijuana , ganja ,hahish ,. Dzulkifli (2002), pada satu ketika dadah ini pernah digunakan sbg ubat yg berkesan utk merawat sawan dan sbg ubat penahan sakit, . pada msa yang sama boleh menyebabkan ketagihan


kanabis terbahagi kepada 3:
1.kanabis herba
2. hashish
3.minyak hashish




p/s= penulis hanya megupas serba sedikit dan bukannya keseluruhan. mugkin sebagai pengenalan awal sahaja. =)

























Sunday, March 20, 2011

sejarah KEMUNCULAN DADAH di Malaysia..

~Bismillah~

semester ni sangat seronok bila adanya subjek berkaitan dengan dadah,. kalau kelas dibatalkan ditangguhkan, rasacam rugi je sbb maybe sifat "curious" dalam diri dah mula terbit..heheh.. terutamanya mengenai dadah..
mcam2 yang kita dengar motto slogan tentang dadah ni kan macam dadh musuh no 1 negara, dadah pemusnah,bersama menjana bangsa tanpa dadah.. macam2 lagilah..semua tu adalah dalam usaha utk membanteras dadah..syabas kepada pihak2 yang berusaha membanteras "gejala dadah" daripada terus menular dengan lebih dahsyatnya..hihihih..

mungkin ada diantara kita yang kurg tahu mengenai dadah dan macam mana ia datang menjelajah tanah melayu kita.kami akan kupas serba sedikit dari apa yang kami belajar tentang sejarah kedatangan dadah ke tanah melayu..(dah macam kelas sejarah pulak).hihih =)

bermulanya pada abad ke 19, time ni, ramai buruh dari cina dan India Selatan datang beramai2 ke sini.. tujuan mereka adalah bekerja. Macam yang kita belajar dulu, diorang ni datang utk kerjakan lombong2 timah, ladang2 sepert getah dan juga lada hitam. hasilnya, ekonomi negara kita meningkat. Tapikan, yang x bestnya.. tabiat orang cina time ni diorang suka hisap candu..
 ~kerja lombong timah~

~ladang getah~


tabiat hisap candu ni kekal sebab:
Bekalan candu mudah diperolehi.
—Candu dipercayai boleh menghilangkan rasa sakit.
—Candu mempunyai khasiat mengubati penyakit batuk kering, sakit paru-paru, cirit-birit dan malaria.
—Ia menghilangkan rasa kesunyian kerana tiadanya keluarga bersama mereka.
—Mereka mempunyai wang untuk membeli dan menyara tabiat ini.
—Ia dapat mengisi masa lapang yang membosankan. 
Jadi, pada penghujung abad 19, penagihan candu dah cetus masalah, iaitu pergaduhan ,kekacauan dan aktiviti2 yang seangkatan dengannya.. time nih, lahirlah konsi gelap (tahu2lah apa yg jadikan, lagilah klacau bilau)..pastu kerajaan British yang memerintah tu pon amik la langkah2 utk cegah selaras dengan Konvensyen Shanghai - pengambilan urusan2 import dan penjualan candu melalui kedai2 yg beroperasi kat tanah melayu ni-

masa 1952-
* Sejajar dengan Konvensyen Geneva mengenai candu, beberapa langkah susulan diambil bagi mengawal penjualan candu. Antaranya, candu hanya boleh dijual kepada mereka yang berdaftar sahaja.
tapi malangnya, langkah ini x berjaya..then,
masa 1943-
* selaras dengan perakuan Suruhanjaya Penyiasat Liga Bangsa-bangsa Bersatu mengenai candu, kawalan yang lebih ketat terpaksa dikuatkuasakan.Antaranya, candu hanya boleh dijual kepada mereka yang diperakukan oleh pegawai-pegawai perubatan sahaja.walaupon sekatan yg ketat, tapi bilangan pengguna candu meningkat 2x ganda..ish3..degil betullah.. 
masa 1945 - Setelah tamat Perang Dunia II, penghisapan candu diharamkan sepenuhnya.
Yang sedihnya, selain candu, sebenarnya diorang ni ada hisap Morfin dan juga Ganja..isk3.. =(
masa 1909 - Laporan Suruhanjaya Candu telah mendapati penggunaan morfin oleh penagih candu meningkat. Mereka menggunakan cara suntikan untuk mendapatkan keseronokan.maybe diorang ni tension kot kan..asyik keje je..hihi... patut nya time ni diorang kena pandai cari cara tuk hilangkan tension..macam joging ke, dating ke (masalah sosial plak),g jejalan ke..hihihih..
then,
masuk ke zaman 1960- an.. kita tengok apa yang jd...
  - Merebaknya budaya ‘hippi’ yang menjadi ikutan remaja di negara ini. Golongan ini menjadikan ganja bahan ketagihan mereka.
Akhir 1960-an - corak dan gaya penggunaan dadah semakin menular secara serius dengan penagihan di kalangan anak-anak muda pelbagai kaum dan munculnya pelbagai jenis dadah baru serta cara penggunaan yang terkini dan berbahaya.Dadah jenis heroin dan morfin adalah yang paling digemari oleh golongan ini. Mereka juga terlibat dalam penggunaan dadah jenis ganja dan pil-pil psikotropik.
maka, masalah ini terus berleluasa..masa 1970-an

  semasa peperangan Amerika-Vietnam, tentera Amerika telah menggunakan dadah jenis heroin semasa mereka bercuti di beberapa negara jiran di Asia Tenggara.Kesannya, budaya mereka menjadi ikutan di kalangan remaja di negara yang mereka lawati termasuk Malaysia.

 1975: Berakhirnya perang. Sindiket-sindiket dadah menyedari pengunduran akan memberi kesan kepada mereka lalu mengembangkan rangkaian pengedaran dadah ke negara Asia Tenggara, Eropah Barat, Amerika Utara dan Australia. Perubahan ini mewujudkan senario penagihan dadah di Asia Tenggara berubah mendadak..


 ~peta kemasukan dadah ke tanah melayu~


harap2 pembaca x kisah dengan bahasa yang kami gunakan. tujuannya, untuk kalian lebih santai utk membaca, supaya  dapat habiskan pembacaan..hihihi..