Monday, May 16, 2011
kesan penyalahgunaan dadah...
Posted by youth drug rehabilitation at 11:53 PM 0 comments
Tuesday, April 26, 2011
punca penagihan
Punca Seorang Mengambil Dadah
bahaya dadah |
• Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri.
• Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
• Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
• Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
• Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
• Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
• Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah.
pencegahan & pemulihan harus digandakan |
• Masalah dan tekanan rumah tangga.
• Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
• Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
• Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru.
• Kurangnya pengetahun agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama
ingatlah Allah s.w.t |
Posted by youth drug rehabilitation at 11:55 PM 0 comments
Thursday, March 31, 2011
Pusat Bela Insan (3)
bertemu lagi.....jom kita sambung....
satu keistimewaan yang ada disini adalah para penghuni disini mendapat contoh tauladan yang palling sesuai......ini adalah kerana pengasas pusat ini merupakan bekas penagih yang berjaya membebaskan diri daripada dibelenggu oleh najis dadah. bahkan kejayaan yang dicapai oleh pengasas ini juga memberi motivasi yang terbaik untuk penghuni disini untuk berjaya dalam hidup.....peluang untuk mereka ada pada diri mereka dan hanya mereka yang mampu membuktikannya........
* sebagai ahli masyarakat yang ingin melihat masyarakat ini bebas daripada najis dadah sepertimana yangg diimpikan oleh negara untuk menjadi negara bebas dadah 2015, kita hendaklah berganding bahu untuk mencegah, merawat dan membasmi. jangan kita hanya menuding jari dan melepas kata tanpa ada tindakan kerana ianya tidak membawa apa-apa perubahan yang positif......
REMAJA BEBAS DADAH, BELIA BEBAS DADAH, MALAYSIA BEBAS DADAH
KEJUJURAN PADA DIRI SENDIRI ADALAH KUNCI KEJAYAAN |
Posted by youth drug rehabilitation at 8:34 AM 0 comments
Saturday, March 26, 2011
Pusat Bela Insan (2)
Selain pendekatan agama yang dijalankan disini....satu konsep yang kami menarik di pusat bela insan ini adalah konsep kekeluargaan. semua penghuni disini menerapkan konsep kekeluargaan dalam diri masing-masing. konsep kekeluargaan yang dimaksudkan disini adalah setiap ahli akan sentiasa mengingati dan menasihati antara satu sama lain. dengan sebab itu apabila terdapat salah seorang penghuni melakukan kesalahan penghuni yang lain akan mengingati dan menasihati. selain itu juga pada setiap malam semua ahli akan berkumpul dan menegur jika terdapat kesalahan yang perlu diperbaiki dan bermuhasabah diri.
Dengan konsep kekeluargaan yang diterapkan di Pusat Bela Insan ini menjadikan suasana kekeluargaan dapat dirasai. Pusat Bela Insan ini memberi kebebasan kepada semua penghuni untuk bergerak, tidak terdapat pengurungan penghuni. Ini adalah kerana Pusat Bela Insan ini tidak pernah memaksa tetapi biarlah sesuatu dilakukan dengan kerelaan dan kesedaran dari dalam diri sendiri.
Posted by youth drug rehabilitation at 6:47 AM 0 comments
Thursday, March 24, 2011
Pusat Bela Insan
Tanggal 26/2/2011 kami sekumpulan pelajar tahun tiga USIM telah mengadakan kunjungan ke Pusat Bela Insan yang terletak di Kampung Pandan, Ampang Selangor.Kunjungan ini adalah sebahagian daripada assignment yang ditugaskan kepada kami.
Kehadiran kami disambut dengan mesra oleh En.Zahrin yang merupakan antara insan berhati mulia yang menmguruskan pusat ini. Dalam tidak sedar sebenarnya kami pernah menemui beliau pada dua tahun yang lepas sewaktu mengikuti program SPADA(kini ARCEDA) di kampus USIM di Pandan Indah.
Apa yang menarik kami untuk mengunjungi pusat ini adalah pendekatan yang diambil dan dipraktikkan disini untuk membantu insan-insan yang terlibat dengan penagihan dadah. Pendekatan agama merupakan perkara asas yang diambil di pusat ini untuk membantu penyalahgunaan dadah ini kembali pulih.
Sepanjang beberapa jam berada di pusat ini, kami dapat lihat kesedaran dalam diri sendiri adalah dititik beratkan. Terdapat banyak kata-kata peransang yang ditampal di dinding-dinding pusat ini agar para penghuni disini sentiasa dalam keadaan sedar dan beringat.
bersambung........
Posted by youth drug rehabilitation at 10:07 AM 0 comments
DADAH dan UNDANG-UNDANG
~ bismillah~
Entry sy kali ni tentang "dadah vs Undang".kadang2 tgk keadaan sekarang, banyak sgt kes2 yang berkaitan dengan dadah..siap ada yang buat "lab" lagi kat rumah, nauzubillah.. kadang2 terfikir jugak ape hukuman utk diorang ni kan.. ?? kadang-kadang kita ygk macam2 jenis hukuman, ada yang penjara, sebat, denda, "putus nyawa" (means mati..heheh..saje2 guna istilah lain.. x sanggup sebut)..sampai ade yang pening2 lalat kan fikir..
kat bawah ni ade jadual jenis2 kesalahan dan hukuman.
sebelum penulis tutup entry ni, nk semua pembaca fikir semula, "kenapa kes dadah ini meningkat walaupun hukuman dari segi undang-undang dah ada kan???" fikir-fikir dan renung-renung kan,.... |
Posted by youth drug rehabilitation at 5:16 AM 0 comments
Tuesday, March 22, 2011
~jaNji ALLAh~
Posted by youth drug rehabilitation at 2:56 PM 0 comments