CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 26, 2011

punca penagihan

Punca Seorang Mengambil Dadah


bahaya dadah
Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.
Antara factor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana:-
• Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri.
• Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
• Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
• Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
• Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
• Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
• Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah.
pencegahan & pemulihan harus digandakan 


• Masalah dan tekanan rumah tangga.
• Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
• Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
• Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru.
• Kurangnya pengetahun agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama

ingatlah Allah s.w.t