CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 25, 2011

"ROTAN" VS ARAK DAN DADAH


Kerajaan telah sejak sekian tahun membelanjakan berjuta-juta ringgit dalam usaha untuk memulihkan mereka yang menagih dadah. Namun usaha ini nampaknya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif bahawa penagih-penagih dadah yang menjalani rawatan pemulihan di pusat-pusat serenti akan pulih kesemuanya. Malah peratusan yang kembali menagih dadah selepas tamat tempoh pemulihan adalah amat menggusarkan.

Apa yang pasti ramai penagih dadah yang ingin keluar daripada belenggu ketagihan dadah, namun ketahanan fizikal dan rohani mereka serta persepsi masyarakat membuatkan mereka kembali menagih dadah untuk mencari ketenangan yang sementara.

Bayangkan perbelanjaan untuk merawat seorang penagih dadah adalah lebih daripada perbelanjaan untuk membiayai seorang graduan di menara gading, sedangkan graduan yang menuntut di menara gading tidak boleh tidak terpaksa membayar kembali pinjaman pelajaran yang digunakan. Alangkah ruginya sumber tenaga manusia negara dan sumber kewangan negara begitu sahaja umpama mencurah air ke padang pasir yang kering dan tandus.

Apakah pendekatan pemulihan di pusat-pusat serenti ini harus diteruskan atau perlu ada kajian serta penyelidikan untuk mencari alternatif dalam rawatan penagihan dadah ini?
Berita yang tersiar di merata dunia pada penghujung Mac 2005 dimana para saintis Russia mendakwa bahawa merotan pada punggung boleh mengubati pesakit yang ketagihan dadah dan arak serta yang mengalami tekanan jiwa yang boleh membawa kepada kejadian bunuh diri. Menurut para penyelidik di Novosibirsk, dengan merotan ianya mengakibatkan hormon "endorphins" terbentuk, iaitu sejenis hormon semulajadi yang menghasilkan rasa gembira dan meingkatkan respons terhadap imuniti dan menghalang rasa ketagihan dadah dan arak. Dr Sergei Speransky menyatakan rawatan merotan ini amat berkesan. Para saintis seterusnya menyarankan bahawa rawatan merotan ini ialah antara 30 ke 60 sesi rawatan merotan.


            Dr Marina Chuhrova pula menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini. Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka pada kaedah rawatan sedemikian, akan tetapi apabila mereka merasakan kebaikannya mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini. Malah para penagih-penagih dadah dan arak tadi sanggup pula untuk membayar sekitar RM 400 untuk satu sesi rawatan merotan.
Kaedah merotan ini bukanlah satu kaedah yang baru, ianya dikesan telah diamalkan lebih 1400 tahun yang lalu. Kaedah ini bertepatan dengan apa yang telah digariskan oleh Islam, berdasarkan sebuah hadis:

Dari al-Husain bin al-Mundzir bahawa Ali r.a. pernah merotan Walid bin Uqbah 40 kali kerana telah meminum arak. Kemudian dia berkata: “Nabi s.a.w. pernah merotan (peminum arak) 40 kali, Abu Bakar r.a. 40 kali, Umar r.a. 80 kali, dan kesemuanya itu adalah sunnah, namun ini yang paling aku sukai.”
[Hadis Riwayat Muslim]

Hukuman merotan dalam Islam bukanlah satu hukuman yang kejam dan ganas jika dibandingkan dengan hukuman rotan yang dijalankan di penjara Malaysia sekarang di mana para pesalah yang dikenakan hukuman rotan ini boleh pengsan serta tersiat kulit mereka hanya dengan satu rotan. Hukuman rotan dalam Islam adalah lebih kepada pengajaran, dan teknik merotan tersebut tidak boleh mengangkat bahu, hanya setakat mengangkat lengan umpama jika dikepit buku pada bahu, buku tersebut tidak boleh jatuh ketika merotan.

Apakah masalah penagihan dadah serta ketagihan arak terutamanya dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam ini tidak dapat diselesaikan adalah balasan Allah s.w.t. apabila orang Islam sendiri mengabaikan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam itu sendiri? Sedangkan rotan begitu mudah didapati di Malaysia pada hari ini, dan harganya adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan metadon dan lain-lain lagi ubat-ubatan moden
.
Tepuk dada, tanyalah Iman, itu jawapannya.

Thursday, February 24, 2011

"PERANAN" KITA TERHADAP ISU DADAH


“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tidak mampu, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tidak mampu, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman”.
(Hadith Riwayat Muslim)
Pertama: Pihak berkuasa khususnya dan seluruh umat perlu memperhebatkan lagi peranan dan sanggup turun padang membantu, membimbing, mendekati dan memberi keyakinan hidup kepada mereka yang menghadapi krisis akhlak ini. Sedarlah bahawa perbuatan mencerca dan menghina mereka yang menghadapi ujian Allah S.W.T. adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan menambahkan lagi penderitaan mereka.
 



Kedua: Ibu bapa sebagai tunjang keluarga mestilah bertanggungjawab memastikan agar diri dan ahli keluarga sentiasa melaksanakan perintah Allah S.W.T. dengan sempurna dan istiqamah. Ketahuilah bahawa istiqamah dalam ibadah mampu menghindarkan anak-anak dari ancaman dadah dan  gejala sosial yang lain.




Ketiga: Semua anggota masyarakat adalah bertanggungjawab untuk sama-sama memburu pengedar-pengedar dadah dan mereka yang bersubhat dalam kegiatan ini






Dari Umar bin Khattab r.a., bahawa pada zaman Nabi s.a.w. ada seorang lelaki bernama Abdullah yang digelar Himar, dia pernah membuat Nabi s.a.w. tertawa, dan Nabi s.a.w. pernah merotannya kerana meminum khamar (arak). Lalu pada suatu hari dia dibawa lagi kepada baginda, kemudian Rasulullah memerintahkan kepada para sahabat agar dirotan. Lantas berkatalah seorang sahabat di antara mereka: “Allahumma, ya Allah, laknatlah dia! Betapa seringnya dia dibawa ke hadapan baginda !” Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: “Janganlah kalian melaknatnya. Demi Allah, yang aku tahu bahawasanya dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.”
(Sahih: al-Misykah no: 2621 dan Fathul Bari XII: 75 no: 6780).



Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata: “Seseorang dibawa kepada Nabi s.a.w. kerana telah mabuk, kemudian baginda memerintahkan kepada para sahabat agar dia dipukul. Maka di antara kami ada yang memukulnya dengan tangannya, dengan sandalnya dan dengan pakaiannya. Tatkala dia telah pulang, berkatalah seorang lelaki: “Ada apa dengannya?, mudah-mudahan Allah menghinanya!” Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kalian menjadi penolong syaitan untuk menghina saudara kalian sendiri.”
(Sahih: Sahihul Jami’us Soghir no: 7442, Fathul Bari XII: 75 no: 6781 dan ‘Aunul Ma’bud XIII: 176 no: 4453).

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari seksa api neraka…”

DADAH MENURUT ISLAM


DADAH MENURUT PANDANGAN ISLAM

kebanyakan penulis selalu mengaitkan penggunaan dadah dan akibat dari perspektif sains dan juga mungkin mengikut pandangan barat. hari ni penulis akan mengupas serba sedikit dari pandangan islam.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. (Ar-Rum:41)
 

sekarang ni begitu banyak cabaran dan dugaan yang menimpa dunia sekarang. contoh, tsunami yang berlaku di Acheh, banyak yang nyawa yang terkorban, gempa bumi, pemanasan global, banjir kilat. kalau kita renung-renung kembali kan, agak2 semua ini bepunca dari mana???
cuba ambil sedikit masa dan renung2kan lah kembali ya..

 Allah SWT telah mengutuskan Rasulnya kepada seluruh ummah untuk mengajar dan mendidik ummatnya untuk sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera. untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan dunia ni,Islam sendiri telah menetapkan panduan dan larangan untuk pengambilan bahan makanan atau barang gunaan agar umatnya tidak terjerumus ke lembah yang hina dengan mengambil perkara yang di tegah dalam agama dan syari’at.


 Segala panduan yang telah ditetapkan adalah semata-mata untuk kesinambungan manusia sentiasa terpelihara denagn selamat dan sejahtera. saya yakin setiap manusia inginkan yang terbaik utk diri mereka. kalau masa sekolah dulu, masa buat karangan mesti ada ayat ni kan??

العقل السليم في الجسم السليم” 

maksudnya, akal yang sihat terlatak pada tubuh badan yang sihat. 

Dari ayat ni, jelas menunjukkan bahawa hubungan yang rapat antara akal dan fizikal yang akan member kesan yang mendalam terhadap satu sama lain.

Islam mempunyai sifat syumul (sempurna), untuk membuktikan kesyumulan agama, Islam mengajar umatnya supaya sentiasa mengambil segala benda yang baik dan mencegah dari mengambil perkara yang dilarang oleh agama sebagaimana termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah contohnya mengambil sesuatu yang memabukkan seperti arak atau dadah, kerana segala perkara yang mendatangkan kemudharatan kepada seseorang bukan sahaja mendatangkan kesan terhadap ketidaksempurnaan sesuatu ibadah bahkan seiring dengan membinasakan diri. Sebagaimana firman Allah SWT:
    
“Dan belanjakanlah (Apa Yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya”. (al-Baqarah:195)

Cuba kita buka mata, hati dan juga pemikiran dengan luasnya "mengapakah perlu mengaramkan dadah" dan "mengapakah pengguna dadah dikatakan sampah masyarakat" . Mesti ada sebab yang kuatkan??. Dadah salah satu bahan yang memabukkan, pengharaman dadah bukan hanya pada zat bahan dadah tetapi ia diharamkan kerana kemudharatan yang timbil akibat penyalahgunaannya iaitu mengambil dadah dalam kuantiti yang terlalu banyak dan tanpa kawalan.senang cakap "ter"overdos lah..hihihi =)

Dalam konteks dadah sebagai bahan perubatan atau dijadikan sebagai bahan ubat untuk merawat penyakit adalah perlu difahami, Allah SWT telah menegaskan yang setiap penyakit itu ada ubatnya, kecuali mati tiada lagi ubatnya. Kita sebagai manusia harus ikhtiar untuk merawat penyakit melalui kaedah atau cara yang dibenarkan oleh hukum syara’ termasuk dalam kaedah penggunaan ubat-ubatan, pilihlah yang terbaik lagi selamat dari segala kemudharatan.

sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab keatas kurniaan "tubuh badan yang sihat", mestilah sentiasa memberikan apa yang terbaik untuk diri dan jauhi dari sesuatu yang akan memudaratkan diri sendiri. kalau kita ambil ubat-ubatan, pastikanlah dulu yang ia bukan datangnya dari najis dan x memudaratkan kalau diambil walaupon dalam kuantiti yang sedikit dan juga tidak mendatangkan risiko ataupon sebarang penyakit2 yang lain.

Walaupun perkataan ‘dadah’ tidak dinyatakan dalam al-Quran, ini bukan bermakna yang al-Quran itu x lengkap dan sempurna, malah al-Quran adalah panduan dan rujukan utama.

Permasalahan berkaitan penyalahgunaan dadah yang sedang kita hadapi di negara kita dan pemimpin2 negara pun dah lakukan banyak tindakan utk mngatasi masalah ni. dalam al-Quran, dadah ini telah dikias/disamakan dengan khamar iaitu arak. Ia dikiaskan sedemikian rupa bersandarkan kepada kesan atau kemudaratan yang sama ke atas manusia sekiranya ia diambil secara berlebihan yang akan mendatangkan risiko yang amat besar sekali pada diri kita.

Mari kita imbas kembali, macam mana tingkah laku mereka yang mengambil dan menyalahgunakan dadah  ni. Jelasnya akan menjadi khayal, tidak mempunyai pertimbangan akal fikiran yang waras, boleh dan akan bertindak mengikut hawa nafsu, serta kesan negative yang paling besar sekali adalah apabila melibatkan orang lain iaitu sehingga tahap membunuh, berhutang, merompak, merogol dan perpecahan keluarga yang juga dapat memecahkan ummah agama sendiri.

Secara kesimpulannya, Islam x akan megharamkan sesuatu jika ianya x kan memudaratkan diri seseorang. jadi, marilah kita sama2 cuba lakukan yang terbaik untuk diri kita.k =)