CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 24, 2011

"PERANAN" KITA TERHADAP ISU DADAH


“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tidak mampu, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tidak mampu, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman”.
(Hadith Riwayat Muslim)
Pertama: Pihak berkuasa khususnya dan seluruh umat perlu memperhebatkan lagi peranan dan sanggup turun padang membantu, membimbing, mendekati dan memberi keyakinan hidup kepada mereka yang menghadapi krisis akhlak ini. Sedarlah bahawa perbuatan mencerca dan menghina mereka yang menghadapi ujian Allah S.W.T. adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan menambahkan lagi penderitaan mereka.
 



Kedua: Ibu bapa sebagai tunjang keluarga mestilah bertanggungjawab memastikan agar diri dan ahli keluarga sentiasa melaksanakan perintah Allah S.W.T. dengan sempurna dan istiqamah. Ketahuilah bahawa istiqamah dalam ibadah mampu menghindarkan anak-anak dari ancaman dadah dan  gejala sosial yang lain.




Ketiga: Semua anggota masyarakat adalah bertanggungjawab untuk sama-sama memburu pengedar-pengedar dadah dan mereka yang bersubhat dalam kegiatan ini






Dari Umar bin Khattab r.a., bahawa pada zaman Nabi s.a.w. ada seorang lelaki bernama Abdullah yang digelar Himar, dia pernah membuat Nabi s.a.w. tertawa, dan Nabi s.a.w. pernah merotannya kerana meminum khamar (arak). Lalu pada suatu hari dia dibawa lagi kepada baginda, kemudian Rasulullah memerintahkan kepada para sahabat agar dirotan. Lantas berkatalah seorang sahabat di antara mereka: “Allahumma, ya Allah, laknatlah dia! Betapa seringnya dia dibawa ke hadapan baginda !” Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: “Janganlah kalian melaknatnya. Demi Allah, yang aku tahu bahawasanya dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.”
(Sahih: al-Misykah no: 2621 dan Fathul Bari XII: 75 no: 6780).



Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata: “Seseorang dibawa kepada Nabi s.a.w. kerana telah mabuk, kemudian baginda memerintahkan kepada para sahabat agar dia dipukul. Maka di antara kami ada yang memukulnya dengan tangannya, dengan sandalnya dan dengan pakaiannya. Tatkala dia telah pulang, berkatalah seorang lelaki: “Ada apa dengannya?, mudah-mudahan Allah menghinanya!” Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kalian menjadi penolong syaitan untuk menghina saudara kalian sendiri.”
(Sahih: Sahihul Jami’us Soghir no: 7442, Fathul Bari XII: 75 no: 6781 dan ‘Aunul Ma’bud XIII: 176 no: 4453).

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari seksa api neraka…”

0 comments: